Saturday 30 July 2011

Ratu Hatiku

31 Julai 2011....

Nukilan buat insan yang ku sayang..

Ibu..
Pengorbananmu terlalu agung buat kami,
Perjuanganmu menyebarkan ilmu tidak pernah ada sempadan,
Hatimu yang lembut tidak pernah menolak,
Semua permintaan kami & mereka tidak pernah dikecewakan.

Ibu..
Sesungguhnya kami amat bertuah memilikimu,
Doamu senantiasa mengiringi perjalanan kami,
Doamu senantiasa mengiringi perjalanan mereka,
Tanpa ada rasa jemu..

Selamat Hari Lahir buat Bonda Tercinta, Hajjah Siti Zarah Mahpok. 


Ratu hatiku..






No comments:

Post a Comment