Tuesday, 24 January 2012

Kasih yang Teristimewa

Salam..

Kenapa la rasa sekejap je masa berlalu? Rasa tak puas cuti CNY kali ni.. hehe. nak extend cuti lagi boleh tak? boleh? tak? hehe.. alaa, sehari dua je lagi... boleh la, boleh la...keh3..



Hm, cakap pasal cuti ni, ahad lepas, saya dan seluruh ahli keluarga yang tinggal kat JB semuanya turun pergi Melaka.Bukan untuk berjimba-jimba semata-mata. tetapi kami sekeluarga sebenarnya berkumpul untuk tujuan yang lebih harmoni. :)


sebelum2 ni, setiap hari ahad, mak akan ingatkan kami adik-beradik untuk baca surah Yaasin & dihadiahkan untuk arwah abah yang tercinta. Kalau tak dapat kumpul baca sama2, mak pesan untuk baca sendiri. Tapi hati ibu kalau boleh nak selalu kumpul satu keluarga dengan anak2... Tapi memandangkan masing2 sibuk, mak cadangkan untuk kami adik-beradik berkumpul sebulan sekali. Tempat berkumpul adalah mengikut giliran yang dipersetujui.. hehe.. So, untuk giliran pertama ialah di rumah baru kakak saya 'Aqila (anak no 5). rumah dia kat Melaka. sebab tu kita orang semua turun Melaka. Tapi kak Qila baru je pindah rumah baru. kat Taman Krubong Perdana. sebelum ni kak Qila dan suami dia tinggal kat rumah sewa. Memandangkan dia tengah tengah sarat mengandung, mak suruh dia pindah rumah cepat2, sebab nanti dah beranak lagi susah nak pindah.. hehe.. Maka, tujuan sampingan kami sekeluarga turun ke Melaka adalah untuk membantu kak Qila berpindah ke rumah baru..



ohh ya.. sebenarnya, tujuan asal untu berkumpul satu family bukanlah hanya berkumpul berborak semata-mata. tapi adalah untuk 'khatam al-Quran' beramai-ramai. Bermula akhir tahun lepas, setiap daripada kami diberi 2 juzuk al-Quran untuk dibaca dan diharapkan dapat dijadikan amalan dalam kehidupan seharian. Dan selepas sebulan, kami sekeluarga akan berkumpul untuk khatam al-Quran bersama-sama. Dan mak cakap, biar lah kasih sayang kita sekeluarga berlandaskan al-Quran dan mudah-mudahan amalan ini akan diwarisi turun-temurun. InsyaAllah..


Khatam al-Quran ni dabuat selepas solat jemaah jamak qasar maghrib & isyak :)















Lepas khatam al-Quran, kami sekeluarga bersalaman sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.













Lepas ni, giliran rumah abg long pulak. InsyaAllah..


Smoga keluarga kami sentiasa berada dalam lindungan-Nya & sakinah dunia akhirat :)





Sunday, 15 January 2012

Family Gathering @ Senibong Curve

Salam & Hye!


Sehari sebelum tahun baru 2012, kami sekeluarga (mak, abg long, kak long, abg ngah, kak ngah, kak ain, abg faizal, abg atan, kak rabiatul, kak qila, abg kiman, saya, along kimi, angah fizi, nisa, adam, adif, aisyah, muaz) telah berkumpul kat Senibong untuk makan besar yang di sponsor sepenuhnya oleh bakal papa & mama- abg kiman & kak qila. Seronok sangat dapat kumpul ramai2.. ^_^




Pasangan bahagia: Abg Faizal & Kak Ain


Kak Ain yang sgt penyayang :)


Bonda tercinta :)


Aisyah & 'bapak'


Bacaan doa oleh Abg Atan


Kak Ain again


Kak Ngah, Adif & Adam


Nisa, Kak Long & Abg Long


Muaz Zaqwan


Nisa, Adif, Adam & Aisyah


Kak Ngah & Abg Ngah


Abg Atan, Kak Rabiatul, Muaz & Aisyah




Penaja utama pada malam tersebut. Future papa & mama! :)


Alhamdulillah.. Sangat kenyang malam tu.. banyak sangat makanan & macam2 jenis masakan yang ada. Thanks pada Kak Qila & Abg Kiman yang murah hati belanja satu family. :)


Sayang meraka semua ^_^


Btw, semua gambar2 kat atas adalah hasil percubaan pertama saya m'gunakan Canon Merah saya! :)
Bye2!

Abang Jalal's Wedding

Salam & Hye!

Last month, saya dijemput ke undangan perkahwinan Abg Jalal & pasangannya. Terharu. Sebab saya bukanlah sesiapa pun, cuma kenal abg jalal melalui kawan2 je. First time saya jumpa abg jalal ialah masa temankan kawan saya di majlis pertunangan abg jalal. x ingat la masa bila.. huhu. then, second time jumpa ialah time celebrate birthday my friend, february last year. Mase tu, abg jalal banyak tanya soalan kat saya. Pasal study la, pasal pegi jepun la.. pelik jugak.. macam mane abg jalal tahu semua tu?? rupanya my friend (besday boy) yang citer semua kat abg jalal about me.. hehe... patut la... 
Pastu sejak tu, baru la tahu sikit2 pasal abg jalal dari my friend. :)
Sejak tu, saya pun secara tidak rasmi menjadi one of his friend. hehehe.. 


So, back to tajuk asal. saya sebenarnya nak share gambar2 hari bahagia abg jalal & wife terchenta.
Rasanya masih belum terlambat lagi nak kongsi gambar2 hari bahagia mereka. 


Selamat Pengantin Baru buat Abg Jalal & Isteri :) 
Couple yang sangat sweet ^_^
Smoga bahtera perkahwinan berkekalan hingga ke akhir hayat. insyaAllah. amin.











Nazmi, Abg Jalal, Kak Fiqa & Me :)


Strong frienship: Faiq, Fauzan, Firdaus, Nazmi & Abg Jalal :)



Last but not least:

Cuba teka tulisan sape?? 



Tulisan jawi kat atas tu ialah tulisan Faiq. Cantik kan? Hehe.
Kagum sekejap. 


Hm, ok la. sampai sini je coretan untuk kali ni.. bye2.. ^_^


Friday, 6 January 2012

A.B.C.D.E.

Salam.

Fuh! lamanya tak update blog. seingat kamik, last update ialah last year bulan 9. hehe. Xde kesempatan nak update.. ni pun teringat nak update sebab boring tinggal sorang2 kat bilik sbb rumate (Evin yang chomel lote) teman kawan pegi dating. hehe. konon. padahal dia pun dating skali. keh3. ;)

Ok la. back to tajuk asal entry ni. Entry kali ni just nak cerita pasal salah 1 impian saya yang menjadi kenyataan. Alhamdulillah. :)


Dipendekkan cerita.......


A = Atiqah has
B = bought a new
C = camera which is
D = DSLR

E = E0S 1100D.



 Canon E0S 1100D




Thanks to him! ^_^


bye2!

Sunday, 18 September 2011

hati yang tersentuh

sungguh rapuh hatiku saat ini. kenapa hati ini tidak sekuat dahulu... kuat menghadapi ujian dan dugaan hidup.

Ya Allah, berikan daku kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi dugaan ini. Jauhkan daripada dirinya sifat hasad dengki. Dan..Jauhkan daripada diriku sifat mudah berprasangka buruk.

Wednesday, 31 August 2011

Aidilfitri 1432H

Assalamualaikum..

Salam aidilfitri.
Maaf zahir & batin.

Keluarga Sakinah

Thursday, 18 August 2011

Sahur & Buka Puasa yang terakhir


Assalamualaikum..

Kali terakhir...

17 Ramadhan - Buka puasa yang terakhir bersama bonda tersayang.
18 Ramadhan - Sahur yang terakhir bersama bonda tersayang.

Kenape?



Sebab bonda diamanahkan oleh pihak Tabung Haji (TH) untuk jadi pengiring jemaah umrah selama 15 hari.
Alhamdulillah.. :)




tapi bonda akan pulang ke tanah air pada hari raya ke-3!! Huhu... sayunye hati.. 


biasanye TH akan hantar bonda p'tengahan tahun, musim cuti skola, awal ramadhan je.. tak pun musim haji... hm, tak pernah pulak sampai raya.. huhu.. dan biasanye salah seorang dari kami adik-beradik akan ikut sama ke Makkah.. tapi kali tak sorang pun yang ikut walaupun hati ini meronta-ronta nak ikut... lagi-lagi bila dengar pengalaman2 mereka yang pernah menunaikan umrah di bulan ramadhan.. Nikmat.

tapi apakan daya.. kos untuk ke sana tinggi dong!.. (kos pegi umrah pada bulan ramadhan = kos pegi haji)... tak dapat bayangkan macam mane 1 Syawal nanti... mesti tak meriah sangat... adik-bradik pulak semuanya dah kawen.. huhu.. (bertambah-tambah sayu di hati).... nak kawen jugak la macam ni.. huhu (tetibe).  

Bersama Bonda Tersayang
(kat airport Senai)

Pelukan yang penuh kasih sayang.

Saya dah mula rindu pada bonda.. Saya berdoa moga perjalanan bonda sepanjang berada di Makkah & Madinah dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin.

Saya juga sentiasa berdoa agar satu hari nanti impian dan hajat untuk menunaikan ibadah umrah di bulan ramadhan dimakbulkan oleh Allah SWT. insyaAllah... 


p/s: teringat kali pertama menunaikan ibadah umrah (tahun 1997) :)