Tuesday 24 January 2012

Kasih yang Teristimewa

Salam..

Kenapa la rasa sekejap je masa berlalu? Rasa tak puas cuti CNY kali ni.. hehe. nak extend cuti lagi boleh tak? boleh? tak? hehe.. alaa, sehari dua je lagi... boleh la, boleh la...keh3..



Hm, cakap pasal cuti ni, ahad lepas, saya dan seluruh ahli keluarga yang tinggal kat JB semuanya turun pergi Melaka.Bukan untuk berjimba-jimba semata-mata. tetapi kami sekeluarga sebenarnya berkumpul untuk tujuan yang lebih harmoni. :)


sebelum2 ni, setiap hari ahad, mak akan ingatkan kami adik-beradik untuk baca surah Yaasin & dihadiahkan untuk arwah abah yang tercinta. Kalau tak dapat kumpul baca sama2, mak pesan untuk baca sendiri. Tapi hati ibu kalau boleh nak selalu kumpul satu keluarga dengan anak2... Tapi memandangkan masing2 sibuk, mak cadangkan untuk kami adik-beradik berkumpul sebulan sekali. Tempat berkumpul adalah mengikut giliran yang dipersetujui.. hehe.. So, untuk giliran pertama ialah di rumah baru kakak saya 'Aqila (anak no 5). rumah dia kat Melaka. sebab tu kita orang semua turun Melaka. Tapi kak Qila baru je pindah rumah baru. kat Taman Krubong Perdana. sebelum ni kak Qila dan suami dia tinggal kat rumah sewa. Memandangkan dia tengah tengah sarat mengandung, mak suruh dia pindah rumah cepat2, sebab nanti dah beranak lagi susah nak pindah.. hehe.. Maka, tujuan sampingan kami sekeluarga turun ke Melaka adalah untuk membantu kak Qila berpindah ke rumah baru..



ohh ya.. sebenarnya, tujuan asal untu berkumpul satu family bukanlah hanya berkumpul berborak semata-mata. tapi adalah untuk 'khatam al-Quran' beramai-ramai. Bermula akhir tahun lepas, setiap daripada kami diberi 2 juzuk al-Quran untuk dibaca dan diharapkan dapat dijadikan amalan dalam kehidupan seharian. Dan selepas sebulan, kami sekeluarga akan berkumpul untuk khatam al-Quran bersama-sama. Dan mak cakap, biar lah kasih sayang kita sekeluarga berlandaskan al-Quran dan mudah-mudahan amalan ini akan diwarisi turun-temurun. InsyaAllah..


Khatam al-Quran ni dabuat selepas solat jemaah jamak qasar maghrib & isyak :)















Lepas khatam al-Quran, kami sekeluarga bersalaman sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.













Lepas ni, giliran rumah abg long pulak. InsyaAllah..


Smoga keluarga kami sentiasa berada dalam lindungan-Nya & sakinah dunia akhirat :)





1 comment:

  1. Alhamdulillah..bestnyer Tqah... Husna harap dapat harmonikan jugak amalan ne dlm keluarga husna.. mudhn..

    ReplyDelete