Salam..
Kenapa la rasa sekejap je masa berlalu? Rasa tak puas cuti CNY kali ni.. hehe. nak extend cuti lagi boleh tak? boleh? tak? hehe.. alaa, sehari dua je lagi... boleh la, boleh la...keh3..
Hm, cakap pasal cuti ni, ahad lepas, saya dan seluruh ahli keluarga yang tinggal kat JB semuanya turun pergi Melaka.Bukan untuk berjimba-jimba semata-mata. tetapi kami sekeluarga sebenarnya berkumpul untuk tujuan yang lebih harmoni. :)
sebelum2 ni, setiap hari ahad, mak akan ingatkan kami adik-beradik untuk baca surah Yaasin & dihadiahkan untuk arwah abah yang tercinta. Kalau tak dapat kumpul baca sama2, mak pesan untuk baca sendiri. Tapi hati ibu kalau boleh nak selalu kumpul satu keluarga dengan anak2... Tapi memandangkan masing2 sibuk, mak cadangkan untuk kami adik-beradik berkumpul sebulan sekali. Tempat berkumpul adalah mengikut giliran yang dipersetujui.. hehe.. So, untuk giliran pertama ialah di rumah baru kakak saya 'Aqila (anak no 5). rumah dia kat Melaka. sebab tu kita orang semua turun Melaka. Tapi kak Qila baru je pindah rumah baru. kat Taman Krubong Perdana. sebelum ni kak Qila dan suami dia tinggal kat rumah sewa. Memandangkan dia tengah tengah sarat mengandung, mak suruh dia pindah rumah cepat2, sebab nanti dah beranak lagi susah nak pindah.. hehe.. Maka, tujuan sampingan kami sekeluarga turun ke Melaka adalah untuk membantu kak Qila berpindah ke rumah baru..
ohh ya.. sebenarnya, tujuan asal untu berkumpul satu family bukanlah hanya berkumpul berborak semata-mata. tapi adalah untuk 'khatam al-Quran' beramai-ramai. Bermula akhir tahun lepas, setiap daripada kami diberi 2 juzuk al-Quran untuk dibaca dan diharapkan dapat dijadikan amalan dalam kehidupan seharian. Dan selepas sebulan, kami sekeluarga akan berkumpul untuk khatam al-Quran bersama-sama. Dan mak cakap, biar lah kasih sayang kita sekeluarga berlandaskan al-Quran dan mudah-mudahan amalan ini akan diwarisi turun-temurun. InsyaAllah..
Khatam al-Quran ni dabuat selepas solat jemaah jamak qasar maghrib & isyak :)
Lepas khatam al-Quran, kami sekeluarga bersalaman sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Lepas ni, giliran rumah abg long pulak. InsyaAllah..
Smoga keluarga kami sentiasa berada dalam lindungan-Nya & sakinah dunia akhirat :)
Tuesday, 24 January 2012
Sunday, 15 January 2012
Family Gathering @ Senibong Curve
Salam & Hye!
Sehari sebelum tahun baru 2012, kami sekeluarga (mak, abg long, kak long, abg ngah, kak ngah, kak ain, abg faizal, abg atan, kak rabiatul, kak qila, abg kiman, saya, along kimi, angah fizi, nisa, adam, adif, aisyah, muaz) telah berkumpul kat Senibong untuk makan besar yang di sponsor sepenuhnya oleh bakal papa & mama- abg kiman & kak qila. Seronok sangat dapat kumpul ramai2.. ^_^
Alhamdulillah.. Sangat kenyang malam tu.. banyak sangat makanan & macam2 jenis masakan yang ada. Thanks pada Kak Qila & Abg Kiman yang murah hati belanja satu family. :)
Sayang meraka semua ^_^
Btw, semua gambar2 kat atas adalah hasil percubaan pertama saya m'gunakan Canon Merah saya! :)
Bye2!
Sehari sebelum tahun baru 2012, kami sekeluarga (mak, abg long, kak long, abg ngah, kak ngah, kak ain, abg faizal, abg atan, kak rabiatul, kak qila, abg kiman, saya, along kimi, angah fizi, nisa, adam, adif, aisyah, muaz) telah berkumpul kat Senibong untuk makan besar yang di sponsor sepenuhnya oleh bakal papa & mama- abg kiman & kak qila. Seronok sangat dapat kumpul ramai2.. ^_^
| Pasangan bahagia: Abg Faizal & Kak Ain |
| Kak Ain yang sgt penyayang :) |
| Bonda tercinta :) |
| Aisyah & 'bapak' |
| Bacaan doa oleh Abg Atan |
| Kak Ain again |
| Kak Ngah, Adif & Adam |
| Nisa, Kak Long & Abg Long |
| Muaz Zaqwan |
| Nisa, Adif, Adam & Aisyah |
| Kak Ngah & Abg Ngah |
| Abg Atan, Kak Rabiatul, Muaz & Aisyah |
| Penaja utama pada malam tersebut. Future papa & mama! :) |
Alhamdulillah.. Sangat kenyang malam tu.. banyak sangat makanan & macam2 jenis masakan yang ada. Thanks pada Kak Qila & Abg Kiman yang murah hati belanja satu family. :)
Sayang meraka semua ^_^
Btw, semua gambar2 kat atas adalah hasil percubaan pertama saya m'gunakan Canon Merah saya! :)
Bye2!
Abang Jalal's Wedding
Salam & Hye!
Last month, saya dijemput ke undangan perkahwinan Abg Jalal & pasangannya. Terharu. Sebab saya bukanlah sesiapa pun, cuma kenal abg jalal melalui kawan2 je. First time saya jumpa abg jalal ialah masa temankan kawan saya di majlis pertunangan abg jalal. x ingat la masa bila.. huhu. then, second time jumpa ialah time celebrate birthday my friend, february last year. Mase tu, abg jalal banyak tanya soalan kat saya. Pasal study la, pasal pegi jepun la.. pelik jugak.. macam mane abg jalal tahu semua tu?? rupanya my friend(besday boy) yang citer semua kat abg jalal about me.. hehe... patut la...
Pastu sejak tu, baru la tahu sikit2 pasal abg jalal dari my friend. :)
Sejak tu, saya pun secara tidak rasmi menjadi one of his friend. hehehe..
So, back to tajuk asal. saya sebenarnya nak share gambar2 hari bahagia abg jalal & wife terchenta.
Rasanya masih belum terlambat lagi nak kongsi gambar2 hari bahagia mereka.
Selamat Pengantin Baru buat Abg Jalal & Isteri :)
Couple yang sangat sweet ^_^
Smoga bahtera perkahwinan berkekalan hingga ke akhir hayat. insyaAllah. amin.
Last but not least:
Tulisan jawi kat atas tu ialah tulisan Faiq. Cantik kan? Hehe.
Kagum sekejap.
Hm, ok la. sampai sini je coretan untuk kali ni.. bye2.. ^_^
Last month, saya dijemput ke undangan perkahwinan Abg Jalal & pasangannya. Terharu. Sebab saya bukanlah sesiapa pun, cuma kenal abg jalal melalui kawan2 je. First time saya jumpa abg jalal ialah masa temankan kawan saya di majlis pertunangan abg jalal. x ingat la masa bila.. huhu. then, second time jumpa ialah time celebrate birthday my friend, february last year. Mase tu, abg jalal banyak tanya soalan kat saya. Pasal study la, pasal pegi jepun la.. pelik jugak.. macam mane abg jalal tahu semua tu?? rupanya my friend
Pastu sejak tu, baru la tahu sikit2 pasal abg jalal dari my friend. :)
Sejak tu, saya pun secara tidak rasmi menjadi one of his friend. hehehe..
So, back to tajuk asal. saya sebenarnya nak share gambar2 hari bahagia abg jalal & wife terchenta.
Rasanya masih belum terlambat lagi nak kongsi gambar2 hari bahagia mereka.
Selamat Pengantin Baru buat Abg Jalal & Isteri :)
Couple yang sangat sweet ^_^
Smoga bahtera perkahwinan berkekalan hingga ke akhir hayat. insyaAllah. amin.
| Nazmi, Abg Jalal, Kak Fiqa & Me :) |
| Strong frienship: Faiq, Fauzan, Firdaus, Nazmi & Abg Jalal :) |
Last but not least:
| Cuba teka tulisan sape?? |
Tulisan jawi kat atas tu ialah tulisan Faiq. Cantik kan? Hehe.
Kagum sekejap.
Hm, ok la. sampai sini je coretan untuk kali ni.. bye2.. ^_^
Friday, 6 January 2012
A.B.C.D.E.
Salam.
Fuh! lamanya tak update blog. seingat kamik, last update ialah last year bulan 9. hehe. Xde kesempatan nak update.. ni pun teringat nak update sebab boring tinggal sorang2 kat bilik sbb rumate (Evin yang chomel lote) teman kawan pegi dating. hehe. konon. padahal dia pun dating skali. keh3. ;)
Ok la. back to tajuk asal entry ni. Entry kali ni just nak cerita pasal salah 1 impian saya yang menjadi kenyataan. Alhamdulillah. :)
Dipendekkan cerita.......
A = Atiqah has
B = bought a new
C = camera which is
D = DSLR
E = E0S 1100D.
Thanks to him! ^_^
bye2!
Fuh! lamanya tak update blog. seingat kamik, last update ialah last year bulan 9. hehe. Xde kesempatan nak update.. ni pun teringat nak update sebab boring tinggal sorang2 kat bilik sbb rumate (Evin yang chomel lote) teman kawan pegi dating. hehe. konon. padahal dia pun dating skali. keh3. ;)
Ok la. back to tajuk asal entry ni. Entry kali ni just nak cerita pasal salah 1 impian saya yang menjadi kenyataan. Alhamdulillah. :)
Dipendekkan cerita.......
A = Atiqah has
B = bought a new
C = camera which is
D = DSLR
E = E0S 1100D.
![]() |
| Canon E0S 1100D |
Thanks to him! ^_^
bye2!
Sunday, 18 September 2011
hati yang tersentuh
sungguh rapuh hatiku saat ini. kenapa hati ini tidak sekuat dahulu... kuat menghadapi ujian dan dugaan hidup.
Ya Allah, berikan daku kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi dugaan ini. Jauhkan daripada dirinya sifat hasad dengki. Dan..Jauhkan daripada diriku sifat mudah berprasangka buruk.
Ya Allah, berikan daku kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi dugaan ini. Jauhkan daripada dirinya sifat hasad dengki. Dan..Jauhkan daripada diriku sifat mudah berprasangka buruk.
Wednesday, 31 August 2011
Thursday, 18 August 2011
Sahur & Buka Puasa yang terakhir
Assalamualaikum..
Kali terakhir...
17 Ramadhan - Buka puasa yang terakhir bersama bonda tersayang.
18 Ramadhan - Sahur yang terakhir bersama bonda tersayang.
Kenape?
Sebab bonda diamanahkan oleh pihak Tabung Haji (TH) untuk jadi pengiring jemaah umrah selama 15 hari.
Alhamdulillah.. :)
tapi bonda akan pulang ke tanah air pada hari raya ke-3!! Huhu... sayunye hati..
biasanye TH akan hantar bonda p'tengahan tahun, musim cuti skola, awal ramadhan je.. tak pun musim haji... hm, tak pernah pulak sampai raya.. huhu.. dan biasanye salah seorang dari kami adik-beradik akan ikut sama ke Makkah.. tapi kali tak sorang pun yang ikut walaupun hati ini meronta-ronta nak ikut... lagi-lagi bila dengar pengalaman2 mereka yang pernah menunaikan umrah di bulan ramadhan.. Nikmat.
tapi apakan daya.. kos untuk ke sana tinggi dong!.. (kos pegi umrah pada bulan ramadhan = kos pegi haji)... tak dapat bayangkan macam mane 1 Syawal nanti... mesti tak meriah sangat... adik-bradik pulak semuanya dah kawen.. huhu.. (bertambah-tambah sayu di hati).... nak kawen jugak la macam ni.. huhu (tetibe).
![]() |
| Bersama Bonda Tersayang (kat airport Senai) |
![]() |
| Pelukan yang penuh kasih sayang. |
Saya dah mula rindu pada bonda.. Saya berdoa moga perjalanan bonda sepanjang berada di Makkah & Madinah dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin.
Saya juga sentiasa berdoa agar satu hari nanti impian dan hajat untuk menunaikan ibadah umrah di bulan ramadhan dimakbulkan oleh Allah SWT. insyaAllah...
p/s: teringat kali pertama menunaikan ibadah umrah (tahun 1997) :)
Friday, 12 August 2011
Ey.. take care.
Ey..
Name yang simple but comel.
Nama sebenar Ahmad Fickrey.
Kitaorg rapat sejak kecik lagi.
walaupun kitaorg banyak kontra,
tapi kitaorg serasi dlm banyak perkara.
Ey sangat memahami (serius x tipu).
Bila Ey further study kat Egypt,
ktaorg dah jarang jarang jarang jumpa.
Setahun sekali je jumpa.
Itu pun time hari raya.
Tapi....
raya kali ni x dapat jumpa Ey.
huhu... Sedihnye... :(
Ey x dapat nak balik awal
sebab ade exam 5, 6, 7 syawal..
alahai... sayu hati... huhu.
hm.. nak buat macam mane kan....
exam lagi penting..
hope Ey ok kat sana..
ramai kawan2 dia balik sambut raya.
Ey jaga diri baik2 taw.
Good luck & all da best!
kami kat sini
sentiasa mendoakan yang terbaik
untuk Ey kat sana.
miss u...
![]() |
| Ey :) |
![]() |
| Kami :) |
![]() |
| Kami sedondon :) |
** rasa macam nak balik semula ke zaman kanak2.. hehe.
Sunday, 31 July 2011
Solat Tarawih
Salam Ramadhan.
Bila Ramadhan mengunjung tiba, umat Islam pasti akan berlumba-lumba melakukan amal ibadah.. ganjaran yang diberikan Allah bagi hambaNya yang melakukan amal kebajikan di bulan mulia ini sememangnya amat besar... salah satu daripada ibadah di bulan Ramadhan ialah Solat Sunat Tarawih..
Antara kelebihan-kelebihan solat terawih ialah :
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
- Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
- Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
- Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
- Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
- Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
- Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
- Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
- Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
- Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
- Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
- Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
- Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
- Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
- Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
- Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
- Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
- Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
- Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
- Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
- Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
- Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
- Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
- Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
- Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
- Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
- Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
- Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
- Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
- Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
- Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Subscribe to:
Posts (Atom)








